Sunday, May 17, 2015

Kuih Nagasari



KUIH NAGASARI
Bahan-Bahannya:
5 biji pisang raja -dibelah dua atau tiga
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

 Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut

 Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga

Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

 Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.

 Letak sepotong pisang.

 Lapis dengan sesenduk adunan tepung. 

 Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.

 Setelah kuih nagasari masak, sejukkan sebentar.

 Bolehlah dinikmati...
Walllaaaaaaaaaaaaa....


Mee Jawa



Bahan A
1 bungkus mee kuning ~ di celur
1 ikat sawi ~ potong dan celur (ita tambah) 
1/2 kg daging ~ direbus
1 cawan taugeh
2 tangkai daun bawang di hiris
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris
3 biji telur rebus ~ belah 2
3 biji limau nipis atau limau kasturi
sedikit bawang goreng

Bahan B 
1/2 kg keledek ~ rebus dan kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 biji bawang Merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1/2 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah 
Garan dan gula secukup rasa

Rebus daging sehingga lembut, kemudian hiris nipis.
Kerana ita guna daging batang pinang, jadi ita tak rebus, ita masukkan daging di dalam kuah terus semasa masak. 
Rebus keledek, kemudian kisar halus

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar hingga garing dan harum
masukkan rempah kari dan cili kisar
Masak lagi hingga terbit minyak
Masukkan keledek kisar, gula melaka, kiub daging dan air rebusan daging
Biarkan kuah merenih
Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa
Angkat dan hidangkan dengan bahan A

Sambal Tahun


Bahan-bahan (untuk 5 orang makan)
  • Bahan A:
  • 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan serbuk perasa
  • Bahan B (kisar)
  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Bahan C
  • santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara-cara


  1. Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
  2. Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
  3. Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan
ok, selamat mencuba! ;-)

Bubur Sum-Sum


Bahan-bahan ( Dapat 1 loyang )

  • Tepung beras 2/3 cawan
  • 1 kotak santan Ayam Brand
  • 3/4 cawan air
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk lama2 dalam masa 10minit, menjimatkan masa kita mengacau dalam periuk kerana selepas ini kita terus masukkan dlm loyang sahaja.
  2. Letakkan dalam loyang & terus masukkan dalam pengukus yg mana daun pandan diletakkan di dalam air kukusan.
  3. Dalam masa 10minit atau 15minit Bubur sum sum. Biarkan sejuk dan boleh potong
  4. Sediakan air gula kat periuk berasingan. 
  5. Ok dah siap!! tak susah kan???

Soto





Sup

1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam


Cara

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya


Pegedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara

1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.


Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula


Cara

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Begedil


3 biji kentang size sederhana
segenggam bawang goreng
sedikit garam
sedikit serbuk lada/ lada putih
daun bawang/daun sup - jika suka

untuk proses menggoreng 
telur
tepung sedikit*jika perlu


CARANYA:
Buang kulit kentang, bersihkan kemudian potong baji / dadu.
Goreng kentang sehingga masak.
Lecek kentang menggunakan garfu ketika panas sehingga hancur.
Masukkan bawang goreng, dan perasa. Lecek sebati.
Kemudian bentukkan bulat leper kecik kecik. * Saya suke buat begedil bersize kecil 
JIKA begedil agak lembik tepukkan sedikit begedil anda dengan tepung untuk mengelakkan pecah ketika menggoreng. *ni cara saya je. Hehe
Kemudian celup begedil ke dalam telur dan goreng.
Biarkan bahagian bawah begedil betul betul keras baru balikkan untuk mengelakkan begedil pecah.
Sedia dihidang. 

Bakso




Resepi Bakso 
Bahan-bahan
60g  sawi – celur dan dipotong
60g  bihun – celur dan toskan
60g  mee kuning – celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup – cincang
Uk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu – saya guna rebusan daging lembu (200 g daging + 300 g tulang )
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi – cincang
1 sudu makan minyak – utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia – ketuk
1 sudu makan lada putih tumbuk – saya tambah
Utk Bebola Sapi@Bakso
400g daging lembu hancur ( Saya tak buat yg ni- saya guna meat ball sedia ada di pasaran )
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan 
Cili padi – tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato
kicap manis ABC
Cara-cara
1. Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
2. Utk membuat kuah – Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
3. Utk hidangan – Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.